Sejarah Sindrom Savant

Istilah idiot savant ( bahasa Perancis untuk "dungu terpelajar", batfiahnya savant dungu) pertama kali digunakan untuk menggambarkan keadaan pada tahun 1887 oleh John Langdon Down, yang terkenal dengan perihal sindrom Down. Istilah idiot savant kemudian digambarkan sebagai misnomer kerana tidak semua kes yang dilaporkan sesuai dengan definisi dungu, yang pada asalnya digunakan untuk orang yang mempunyai kecacatan intelektual yang sangat teruk. Istilah savant autistik juga digunakan sebagai penerangan untuk gangguan tersebut. Seperti idiot savant, istilah ini dianggap sebagai misnomer kerana hanya separuh daripada individu yang didiagnosis dengan sindrom savant adalah autistik. Setelah menyedari perlunya ketepatan diagnosis dan martabat terhadap individu, istilah sindrom savant menjadi istilah yang diterima secara meluas.[1][17]